Friday, 13 February 2009
Berpindah/bertukar..??
saya telah berpindah ke blog baru..
http://jeffriamin.wordpress.com/
harap maklum...sekian
Saturday, 25 October 2008
Jawapan Kepada Comments WANA
JAWAPAN KEPADA COMMENT SAUDARI WANA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera utk semua..
Terlebih dahulu ingin saya tekankan sekali ag bahawa saudari wana dgn segala rasa tidak bersalahnya menggunakan kekalahan kami semalam untuk memalukan kami berdua. Walaubagaimanapun ingin sy tekankan beberapa fakta penting bagi menunjukkan sesungguhnya saudari wana tidak jujur dalam perlawanan tersebut.
Sebelum saya menjawab balik comment yang telah diberikan oleh saudara wana, ingin saya memberikan sebab kenapa saya perlu “approve comment” yg ditulis oleh wana pada blog saya ini. Walhal comment yg diberikan oleh dia sudah semestinya tidak benar dan tdk blh dipercayai. Untuk pengetahuan semua, sy telah diugut oleh saudari wana supaya approve comments yg telah diberikan olehnya. Ugutan tersebut telah dibuat melalui gtalk bertarikh 26 october 2008, pada jam12.37pm. ugutan tersebut berbunyi:
Head : eh baca blm blog ak??
Wana : da~
Head : hahaha
bagus2
wana : g approve coment ak
ko xapruv siap ko
*head mewakili my nickname ,headway
Disebabkan itulah sy terpaksa approve komen fitnah tersebut.
Hahahaha…. Walaupun begitu, sy perlu menjawab segala tuduhan yang telah diberikan kepada sy untuk menjaga nama baik sy dan juga nama baik kwn saya afnan.
Dlm komen tersebut saudari wana telah sekali ag memutarbelitkan beberapa fakta penting bagi membela dirinya.
1) Saudari wana tidak mengakui bahawa game pertama adalah untuk warming up sedangkan perkara tersebut telah dipersetujui sebelum perlwanan diadakan.
2) Saudari wana dgn terangnye mengaku dia mendapat strike accidently sedangkan perkara tersebut telah dirancang olehnya bersama seseorg yg yg bertggungjawab menjaga system ditempat berkenaan. Lagipun pungutan mata yg diberikan oleh beliau juga adalah salah dan ini amat memalukan kawan saya, afnan. Saudari wana dgn jelas membandingkan pungutan mata yg diperoleh oleh kami pada game tersebut, walaupun game tersebut dan game seterusnya adalah tidak valid memandangkan sy dan afnan sudah tidak bersemangat lagi utk meneruskan perlawanan disebabkan oleh penipuan yg berlaku.
3) Memg game ke3 adalah game serius, tp harus diingat, kami berdua sudah tidak bersemangat lagi utk meneruskan perlawan. Saudari wana sememangnya memanipulasikan keadaan dan menjatuhkan semangat kami. Lebih buruk ag, belum pn abis perlawanan tersebut, sudah bertebaran sms dilayangkan utk memaklumkan kekalahan kami. Perkara ini byk mengganggu konsentrasi kami berdua dan wana harus dipertanggungjawabkan.
4) Saudari wana sendiri mengakui dlm komennya yg “memg ak bayar”. Sy juga akui bahawa ada betulnya bahawa saudari wana yg sememngnya saudari wana yg dahulukan duit utk bowling semlm. Tp die x nyatakan plak yg die turut membayar pekerja disitu utk bersubahat dgnnya. Sy tidak memutarbelitkan kenyataan dan inilah fakta yg tepat.
5) Akhirnya, sy akui yg point ke5 ini tidak dapat sy bela diri sendiri. Saya akui, memg countless balingan longkang yg sy buat smlm. Ini adalah kelemahan sy sendiri dan mungkin iu adalah yg termampu sy buat pada ketika itu. Lagi pula bagi sy bermain bowling hanyalah untuk bersuka-suka dan tidak melibatkan maruah sepertimana yg dicanang pihak berkenaan. Pihak berkenaan menjadikan perlawanan bowling yg pada asalnye utk mengeratkan silaturrahim kepada medan utk memalukan kami berdua serta menunjukkan kehebatan dirinya. sy akui beliau better than kami berdua tetapi jgn r sampai menggunakan politik wang@ sogokan untuk menggapai kemenangan.
Saya tidak akan menerima kekalahan ini sehingga kita bertemu lagi pada perlawanan lain dan perlawanan tersebut hendaklah bersih daripada sebarang unsur penipuan. Sekian, wassalam.
KENYATAAN RASMI
KENYATAAN RASMI BERHUBUNG PERLAWANAN
BOWLING 3 PENJURU
TARIKH : 25 OCTOBER 2008
LOKASI : IPOH PARADE
pada tarikh dan tempat yg telah dinyatakan diatas, telah dilakukan perlawan tig a penjuru antara NUR HAZWANA, MOHD AFNAN dan MOHD JEFFRI. Perlawan tersebut telah dianjurkan oleh mohd afnan dan mohd jeffri bagi mewujudkan suasana silaturrahim antara kami.
Secara teorinya mohd afnan dan mohd jeffri telah kalah dalam perlawanan tersebut, dengan perbezaan jatuhan pin yg terlalu kecil.
Walaubagaimanapun, kami(mohd afnan dan mohd jeffri) merasakan bahawa berlaku unsur penipuan dan ketidakadilan dalam perlawanan tersebut. Berikut adalah beberapa fakta yang perlu dihebahkan kepada umum bagi mengelakkan sebarang kekeliruan serta memberi inspirasi kepada umum untuk berjuang menegakkan hak masing-masing:
1) Pada game pertama, kami bertiga telah bersepakat bahawa game tersebut hanyalah game untuk memnaskan badan dan sebarang keputusan pada game tersebut tidak diambil kira sama sekali. Walaubagaimanapun, nur hazwana telah mengabaikan kesepakatan tersebut kerana pada akhir perlawanan(semasa makan) beliau telah menyatakan bahawa kemenangan beliau adalah disebabkan oleh kehebatan serta bakat yg ada padanya, walhal kemengan tersebut telah diberikan oleh kami berdua kepadanya sebagai tanda menghargai usaha beliau membawa kami ke ipoh untuk perlawanan tersebut. Wana(bukan nama sebenar) telah dgn terangnya menyalahgunakan kemenangan ini utk memalukan kami berdua dihapan beberapa org kawan kami yang lain.
2) Lebih dari itu,alangkah terkejutnya jepp dan afnan apabila pada game kedua kami mendapati ada sesuatu yg tidak kene pada system di tempat kejadian. Kami agak terkejut kerana pada pusingan tersbut, system menunjukkan bahawa balingan wana telah “strike” sebelum bolanye belum sempat mencecah pin2 tersebut. Kejadian ini amat menghairankan kami berdua dan kami begitu curiga tentang kejadian tersebut. Lebih malang lagi, kami dapat mengesan berlaku unsure sogokan @ unsure politik wang apabila secara terus terang terang nurhazwana telah mengakui akan hal tersebut. “memang aku bayar pun”. Begitulah lebih kurang kenyataan yg dikeluarkan oleh wana ketika kami bertiga sedang menikmati makanan di dataran MBI tad. Setelah disoal siasat, kami mendapati wana telah membayar tips kepada akak(penjaga kaunter) untuk memberinya strike pada game tersebut memandangkan pada game pertama, dia tidak dapat “strike” walaupun sekali.
3) Setelah kami mengesan isu penipuan dalam perlawanan tersebut, jepp dan afnan mendapati sudah tidak bermakna lagi untuk menruskan perlawanan memandangkan objectif asal perlawanan telah jauh tersasar. Menyedari hal tersebut, kami telah hilang semangat dan menruskan perlawanan dalm keadaan terpaksa dan tanpa rela. Dengan itu, kemenangan telah dicapai oleh wana. Dan kemenangan tersebut adalah tidak sah lagi memandangkan kami(jepp dan afnan) tidak bermain dgn sepenuh hati dan tidak bersungguh-sungguh.
4) Selain itu, nur hazwana juga pada asalnye berjanji utk mengajar kami cara2 bermain bowling dgn betul, tp hingga ke akhirnya itu hanyalah madah untuk bermanis mulut semata-mata. Kami tidak diajar cara yg betul kerana mungkin dia merasa tergugat dengan bakat terpendam serta kehebatan persembahan kami.
Secara keseluruhannya, saya(mohd jeffri) mengeluarkan kenyataan ini berdasarkan fakta yg munasabah dan tepat. Oleh sebab itu, saya merasakan kemenangan wana tidak bolah diiktiraf dan tidak sah sama sekali kerana wujud isu penipuan dan penyelewengan..
Diharapkan agar kenyataan ini dapat memberikan gambaran penuh tentang kejadian yg sebenarnye berlaku sekaligus dapat membersihkan nama kami(jepp dan afnan) daripada dikutuk pihak berkenaan.
Sekian, terima kasih.
